Tuesday, November 4, 2014

Diet Atkins semula. Hai DA.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...


Sungguh cepat waktu berlalu,
Oktober dah kata sayonara,
Nah giliran November ucap salam...

Argh stress betul bila nak mulakan satu entri.
Ayat harus tunggang langgang.
Huuh...

Antara kenangan yang paling rindu dalam bulan november ni ialah ber diet Atkins.
Apakah diet Atkins itu?

Alah, diet yang kena makan 20g karbo je sehari.
Maybe ramai yang tak tahu lagi pasal diet ni.
Tapi jujur saya cakap, pandangan orang sekeliling mengenai diet ini adalah 'buruk'.

Jarang pulak saya dengar orang sekeliling nak kata diet ni baik. (Berdasarkan pengalaman saya lah)
Antara hentaman terhebat orang akan hentam bertubi-tubi orang yang berdiet atkins ni :



" Lahhh, hang kata hang diet. Diet apa dia dok makan ayam dekat setengah hekoq!!! "

" Lorrr, diet, tapi makan telur. Hang tak tau kah telur itu berkolestrol tinggi! "

" Eh mana boleh 'keras' sangat diet kau ni. Diet, diet lah juga. Tapi diet kau ni pelik! "

" Pelik lah diet kau ni, makan buah pun tak boleh ke? "

" Hhaha, diet lah sangat, makan ayam, makan telur. Aku tengok hang gemok jugak! "



Buat sesiapa yang pernah mengamalkan diet ini, hentaman-hentaman sebegini adalah sangat biasa.
Yang tak biasa ialah awak senang terasa hati. Selalu nak berjiwa tisu je.

Hey, hey, kita ini, kalau ingin buat sesuatu perubahan, adalah perkara biasa manusia di sekeliling kita akan mempertikaikan apa yang kita nak buat.

Ironinya manusia ini, seringkali tidak suka orang lain nak buat perubahan.
Lalu kata-kata 'nista' sering dibaling, dan seterusnya otak orang yang ingin melakukan perubahan ini akan bercelaru. At last, down... Down! Tak nak buat. Tak nak sebab katanya tak sanggup dengar orang lain 'mencaci'.


Oke, straight lah. Gini, kalau awak nak buat diet Atkins ni, hati awak mesti macam getah, walaupun orang tarik-tarik, susah nak putus. Silap hari bulan, awak boleh 'lestik' balik orang yang rasa kita ni mintak duit dia bila kita sedang berdiet.

Begini lah.
Sebelum buat sesuatu diet, kaji dulu. Apakah kebaikan dan keburukan.
Then kalau awak tengok lebih banyak keburukan, tak payah lah nak ikut.
Tapi kalau awak rasa diet itu lebih banyak mendatang kebaikan untuk diri awak.
Proceed je lah.

Apa? Pandangan orang sekeliling?
Alah, sekejap je mereka berkata-kata, lepas tu, tak ada dah.
Kan dah kata, korang tak boleh berjiwa tisu.
Senang dikoyak-koyakkan, kena air pun lembik. Lepas tu habisss.

Kalau awak rasa awak nak diet kira kalori. Silakan.
Kebiasaannya orang yang mengamalkan diet kalori ni, depa tak ngam dengan orang yang diet kira karbo ni. Suka sangat nak jadi Ultraman dengan Raksasa, nak jadi Boboiboy dengan Encik Bos Adudu. Bergaduh je. (Eh tak semua, tapi kebanyakannya.)

Then lagi satu, newbie ni selalu sentap, sebab orang yang dah lama amalkan atkins ni marah, 'pasai apa hang tak baca file'. (Isu tak baca file ini sering terjadi dalam group Kelab Diet Atkins kat FB nun.)

Kalau orang tanya saya pasal diet ni, saya jawab je la amenda yang saya tahu, walaupun kadang-kadang geram jugak sebab adakalanya soalan yang di ajukan itu, ibarat tak pernah selidik dulu maklumat.

Dak aih, tak marah, pun. In fact, saya memang suka 'suap' orang. Hahah, yani dah sengal ni.

Tapi kan, pengalaman saya tak ada lah banyak.
Berat yang pernah saya turunkan pun dalam 10 kg je gitu.
Tak banyak macam orang-orang lain yang turun berkilo-kilo...


Sebenarnya semua jenis diet pun awak boleh nak amal.
Asalkan awak jangan obses sampai tak mahu makan. Konsep gitu dah salah.

Lagi satu kesalahan dalam menurunkan berat badan, yang saya sering nampak orang buat.

Tu dia, gigih pagi-pagi dok joging satu taman, peluh tu tak payah cakap lah, ibaratnya baru lepas mandi hujan. Punya nak cerita gigih sangat bersenam kan.
Tapi alih-alih, balik senam, pi tibai roti canai lah, nasi lemak lah, kuih la, teh tarik pulak lagi.

Hai kalau gitulah kaedahnya, rasanya 8 tahun buat gitu pun berat agak 'malu' nak turun.
Sorry to say, kaedahnya bukan begitu.
Sudah tiba masanya, bila awak bersenam, awak harus kawal pemakanan.

Alaaaa, tergoda lah tengok makanan dalam Malaysia ni semua sedap-sedap.
Tak sampai hati nak tolak.
Huuuu. Kalau fikir makan nak sedap je sampai bila-bila, memang susah sikitlah nak berdiet ni.

Kita berdiet untuk sihat, bukan nak bangga diri tunjuk kat orang body hang bila hang dah kurus.




Ramai orang kata, alah susahlah nak diet-diet ni.
Sebenarnya diet ni senang je, cukup sekadar kita jaga pengambilan makanan kita dalam sehari.
Kalau orang atkins ni, fasa induction, diet kami ialah


Sarapan :

2 biji telur + air masak atau green tea
(tak kisahlah nak buat telur separuh masak ke, nak goreng ke, telur rebus ke)

*** ada nampak gila tak pada menu tu? Hahaha, memanglah. Tapi jangan risau, menurut pengalaman seposen saya, belum pengsan lagi la. (* namun begitu, suka untuk saya ingatkan, bukan semua orang boleh ikut diet atkins ni. Lain orang, lain badan, lain tahap lapar, segala-galanya lain. Kalau rasa tak kena dengan diet ni, please tinggalkan. Takut nanti datang impak lain pulak. Jangan paksa diri kalau tahu belum mampu.)

Menu tengah hari pendiet Atkins ini :

Seekor dua ikan ataupun ayam + sayur-sayuran + air putih secukupnya

(kebiasaannya, ada orang kata, tak kisah jumlah. Ada yang kata, hang nak makan sampai setengah ekoq ayam pun tak apa. Tapi hang toksahlah buruk lantak sampai nak makan setengah ekor.)

* tak kisah pun ayam ke ikan masak apa, tapi digalakkan macam sup-sup gitu. Barulah tak tinggi kalori ataupun kolestrol kan.

*** aha lagi satu, nak pesan ni. Dah kata pun tengah diet, itu bermakna diet itu mengajar korang untuk tak perlu mengikut kata jiwa. Jiwa korang kadang-kadang memang kata korang lapar, tapi sebenarnya korang tak lapar. Cuma korang sengaja nak mengunyah. Haaa tak payah tipu, sebab saya pun selalu alami situasi itu.

Tahu tak, kadang-kadang kita ini, sering keliru dan berada dalam dilema, sama ada kita ini lapar ke haus. Hehe, sekali lagi ini adalah kerana saya pernah mengalami situasi ini, saya rasa macam lapar, tapi sebenarnya saya haus. Sebab bila saya rasa saya lapar, tapi tak ada makanan, maka saya akan minum air. Bila dah minum air, saya pun dah tak teringin nak makan. (^-^)


Ye, saya tahu, entri ni panjang, orang malas nak baca.
Heee kalau orang tu dah kurus, tak ada rasa nak diet, then entri ini adalah sesuatu yang sangat membosankan.

Kalau dia nak diet, mungkin entri dia akan baca sampai habis. Heee walaupun orang yang sedang menaip entri ini lebih banyak merapu dari berkongsi pengalaman. Cisss.


Menu makan malam :

Sup sayur atau sayur kobis pecah telur semangkok. Sedap tak tipu !
Ayam seketoi dua ketoi tiga ketoi. (suka-suka hati)
Air secukup rasa.

Then dah siap. Habis untuk satu hari.

*** oke sebenarnya ini lebih kepada menu yang pernah saya makan. Kalau nak cari menu lain yang lebih kreatif untuk pendiet atkins ini. Silalah google. Insya Allah jumpa.

Memandangkan saya ni baru saja nak mula semula fasa induction diet ni. Hari ini.
Makanya saya kena catit, apa yang saya makan hari ini dan seterusnya sampai fasa ke 4.
Air pulak 2.5 liter. Heeeh nak muntah minum air banyak-banyak.


**** bulan november tahun lepas saya start buat atkins. Sampai bulan mac saja. Lepas tu pergi lari ikut diet kalori semula. Berat kejap naik, kejap turun, kejap kang, maintain. Ni bulan november semula. Eh hai November, saya rasa kita memang ada jodoh yang kuat lah untuk diet dalam 'november' ni. Asal diet je November. Asal November je diet. Haha.
Lepas ni tak tahu lah nak derhaka diet bulan berapa. T.T

Oke dah. Dah..


Orait lah cukuplah untuk entri kali ini.
Agaknya saya tengah melalui proses ketosis kot.
Kepala tengah pusing-pusing ni. Kang makin ke laut entri.

Nanti panjang umur kita jumpa lagi.
Then saya share, apa yang saya tahu tentang diet ni.


Terima kasih atas perhatian.
Mohon maaf atas kekurangan.


_ Norzayani Norhamshah _

1 comment:

  1. saya induksi je dh berbulan, sbb langsung xbuat 100%, asik cheat je, kalau la, sy leh kurus :(

    ReplyDelete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...