Assalamualaikum.
Hanya entri yang pendek tak berapa pendek.
(Tajuk entri tak boleh belah, serupa trademark PAPA ZOLA) *tepuk dahi*
Semalam aku ada copy gambar aku (2 tahun lepas) daripada lappy ayah transfer ke 'hengpon' aku la kan.
Yang tak boleh belah nya, aku seakan tersentak tengok gambar dulu-dulu.
Serius la weh, kenapa tak ada siapa yang tegur aku dan beritahu aku gemok masa tu? *Menangis k tengok gambar tu.* (Habis ni sekarang bajet nak bagitau orang kau dah kurus lah Yani eh?) Oh tak! Tak!
Aku cuma nak bagi semangat pada sesiapa yang ada baca blog aku ni (kalau ada lah kan, kalau takde, ....hehehe. Biarkan, malas nak fikir.) Kalau ada yang nak menurunkan berat badan. Awak boleh lakukannya! Percayalahhhhh!
Sebagai contoh, awak sekarang ini mengalami masalah berat badan seperti saya di 2 tahun lepas :
|
disember 2012~ |
dan juga tembam seperti ini :
|
raya 2012~ |
Tapi untuk menurunkan berat badan, awak pasti boleh.
Asalkan awak ada semangat yang kuat untuk turunkan berat badan anda awak. (Amenda ayat aku, kejap awak, anda lah. Heee..)
Aku masa ni, memang makan pakai balun je apa yang aku nak makan. Padahal Rasulullah sendiri sudah pesan, ambillah makanan itu secara sederhana. Sobs. (Zaman jahiliah, banyak benda aku tak tahu, aku tahu tapi tak nak amal. Ini padahnya.)
Oke, dipendekkan cerita, tahun lepas, aku ada mendapat penyakit yang misteri.
Apakah sakit yang misteri itu?
Wallahu'alam. Allah saja yang tahu.
Yang pasti takdir itu sangat menyedarkan aku.
Jadi aku mula membuat keputusan untuk menurunkan berat secara perlahan-lahan dengan cara menjaga pengambilan kalori setiap hari. Serta mengambil oats dan susu setiap hari.
(Doktor cadangkan, kita ikut je lah)
Berat turun juga. Jadi seperti ini :
|
aku tau tak banyak yang turun pun. :p (september 2013) |
Dan seterusnya aku amalkan diet atkins. (Mencabar kesabaran sebenarnya diet ni.)
Korang boleh tengok entri aku yang sebelum ini tentang diet ini lah.
Saya boleh? Boleh awak, boleh. Awak pun boleh! :)
Aku start bulan November 2013, dan adalah penurunan walau tak banyak.
|
Januari 2014 (bolehlah dari takde kan?Apa pun semua dengan izin Allah, kalau Dia tak izinkan, tak juga turun berat aku ni.) |
Dan sekarang lebih kepada menyeimbangkan berat. Haha seimbang sangat, padahal aku patut turunkan lagi 9 kilo untuk capai BMI normal. Huuhu..
|
latest la. (bulan Mac) susah nak turun lagi.~ |
Dan sekarang, aku masih berusaha untuk turunkan lagi berat.
Ada orang suruh aku stop, sebab kata jangan kurus sangat, nanti tak cantik. (Hukhuk, akak, kita nak turunkan berat bukan sebab nak suruh orang nampak kita cantik ke apa. Tak nak, kita kalau boleh biar aje orang pandang kita gemuk lagi.)
Sebab apa?
Sebab nanti kalau tak, mesti kita bedal je nak makan segala-galanya. Segala-galanyaaaa. Huhu.
Nanti tak jaga pengambilan makanan. Huhu.
Ada juga seorang aunty ni cakap pada aku, awak pakai la baju kurung, mesti nampak cantik.
Bulat mata aku dengar. Maksud dia, suruh aku pakai baju kurung yang macam orang kurus selalu pakai. (Maksudnya kalau saiz badan kita M, pakailah saiz M, buat apa pakai baju saiz L. Macam baju pinjam)
Sebab hari ni aku pakai jubah tu. (Dalam gambar atas ni). Aunty tu kata, awak dah kurus, tapi baju besar. Jubah ni saiz L, alahai tapi yang L ni yang selesa, nak buat camna?
Hehe aiyo aunty, dah namanya jubah, mana boleh saya pakai jubah ikut bentuk badan.
Ada juga kena kejar dengan parang nanti. (Ayah suka perli "Yani tak ada baju kecik lagi ke?")
I tak suka kena perli dengan ayah gitu. Haha, lagipula, aku seorang muslim, ayah ibu, ustaz ustazah semua orang yang berkenaan pun dah cukup bagi ilmu agama pada aku. Seorang wanita wajib menutup kesemua auratnya, kecuali muka dan kedua tapak tangan. (So, aku tengah berusaha ke arah itu.)
Tak sanggup menanggung kemurkaan Allah.
Dan KESIAN pada ayah dan bakal suami aku nanti (ini tak ada lagi, tapi tentulah aku pun tak nak satu hari nanti hubby aku tanggung dosa aku. Kata sayang, tapi takkan nak tarik depa masuk dalam nereka.) Maaf kita tak sanggup. T.T
Dan oh ye, ye, sekarang ini aku amalkan diet, ikut sunnah Rasulullah.
Tiap pagi aku akan minum se mug air madu.
Makan oats, makan roti wholemeal sekeping dua. Makan kurma. Minum susu. (Ini menu wajib setiap hari)
Yang lain-lain? Ikut pada keperluan diri.
Tapi bukan berlebih-lebihan.
Menu tambahan, biasalah kan, sayur ke ayam ke ikan ke, roti yang ada inti ke.
Makan kek ke. Makan bubur kacang ke. Makan durian ke. Makan kuih ke.
(Ini semua aku bedal, tapi tak banyak pun. Takat rasa orang kata. Nak bagi tak kempunan.)
Mula-mula memang 'melantak' habis lah. (Adoi ye, bahasa kasar memang melantak, bedal je)
Naik 4 kilo. Kbai.
Eh jangan belum bai lagi.
Lepas seminggu turun balik 2 kilo. Hehehe. (Yang ini disertakan dengan senaman)
Berat aku sekarang? Tak payah tahu lah. Haha. (Kan dah kata 9 kilo nak kena turunkan.)
Yang penting setiap hari aku dapat makan oats, minum susu.
Habis tu Diet Atkins apa cer?
Erk entah lah, mungkin aku telah mencampur adukkan segala jenis diet.
Yang pasti, bila makan tak ada nak lebih-lebih sangat.
Senaman setiap hari (Kalau ada masa).
Ikut sunnah pemakanan Rasulullah. (Siapa tak nak pahala kan? Ikut sunnah nabi...Pahala dapat, kurus dan sihat pun dapat.) erm credit to kak
Inaachik sebab ada satu entri yang menyedarkan aku untuk turunkan berat badan, seterusnya amalkan makanan ikut sunnah nabi. :)
Kalau tanya aku pasal diet atkins ni, aku ni terus melompat pergi fasa 4 gamaknya. Hehehe.
Heee takpe, makan oats pun berat turun. Cuma lambat. Jadi kita 'watlek' kita 'watpeace.'
Nampak tak entri ni tak pendek sebenarnya.
Ok, tak apa, dah nak habis cerita pun ni.
Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah ini atau email di sini :
( norzayani22@gmail.com )
*ahh Yani, kau bajet kau famous la siap letak emel bagai? Huhu.. T.T
Wahhh takkk tak.
Dengan akhir kata, mohon maaf kalau ada segala kata yang mengguris hati korang dalam entri ni.
Kalau ada sebarang teguran, boleh email ya. :)
Selingan:
Mohon supaya Allah sudi bantu kita dalam keadaan susah (diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran dengan peristiwa seperti jerebu, kehilangan pesawat, kemarau, anak muda yang kehilangan nyawa akibat pengambilan dadah berlebihan, dan bermacam-macam lagi ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita setiap hari.)
Mohon doakan bersama keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MH370.
Mohon doakan supaya Allah sudi lindungi negara kita dari sebarang ancaman anasir-anasir jahat.
Mohon doakan supaya setiap dari kita akan dijauhkan dengan fitnah dajjal dan fitnah akhir zaman.
Mohon doakan supaya adik-adik kita, tidak lagi terjerumus dalam sesuatu perkara yang tidak berfaedah yang memudaratkan.
Mohon doa supaya Allah memberi kesedaran dalam diri kita untuk tak terus leka dengan dunia.
Mohon doa supaya Allah ampunkan setiap dosa-dosa yang kita lakukan.
Mohon doakan supaya satu hari nanti, kita mati dalam keadaan husnul khotimah.
Mohon doakan yang baik-baik saja.
Aamiin.
Sekian, wassalam.
Norzayani binti Norhamshah
17 Mac 2014