Thursday, January 29, 2015

Kumpulan Raihan : Rukun Ketiga [Lirik]




Amalan berzakat, punya rahsia tersirat,
Pahala meningkat, bekalan ke akhirat,
Hidup penuh berkat, didoakan malaikat,
Iman pun meningkat, cinta Tuhan terpahat.

Amalan berzakat, punya hikmah tersirat,
Melahirkan sifat murah, redha dan taat,
Sentiasa bertaubat, ibadah bersemangat,
Di setiap saat, hingga sepanjang hayat.

Semua nikmat, milik Allah As-Somad,
Harta yang meningkat, dipinjamkan bersyarat,
Jelas tercatat, hak segolongan umat,
Amalan berzakat, amanah yang tersurat.

Harta meningkat, juga mampu menjerat,
Bisa melarat, hingga iman tergugat,
Awas diperalat, syaitan punya muslihat,
Hingga menyesatkan hidup sepanjang hayat.

Engkar berzakat, bagai engkar bersolat,
Rukun tersurat, amalan ke akhirat,
Adil dan tepat, kadar hitungan zakat,
Allah mensyariat, untuk keberkatan umat.

(Zakat, rukun yang ketiga, ayuh, mari, kita tunaikan...)






Saya tak pasti sama ada lagu ni, lagu baru ke lama.
Al maklumlah, lama dah tak dengar cerita kumpulan raihan ni.

Kali pertama dengar lagu ni ialah masa on the way nak ke tempat kerja dalam radio ikim.
Em yang buat saya suka, liriknya. 
(Cer awak tengok rima akhir dia.)
Melodi pun best, sebab ada bunyi-bunyi kompang gitu.

Terasa macam dekat kenduri kahwin. (Hehe)
Kumpulan nasyid raihan ni dulu pernah menjadi salah sebuah kumpulan fevret masa saya sekolah rendah. Nampak tak, dah lama alam persekolahan ditinggalkan. Sobs.

Lagu gini sebenarnya sesuai kalau nak pasang masa majlis kahwin.
Majlis kahwin kan ramai orang datang. Jadi kita bolehlah menyampaikan ilmu sedikit.
Melalui liriknya, kita mesti akan sedar dan belajar sesuatu.
Kan. Kan.

Tidak keterlaluan jika saya katakan, sebenarnya rukun ketiga ini, masih ramai lagi di antara kita yang pandang remeh.
Jadi dengan kehadiran lagu 'ingatan' yang sebegini, diharapkan usaha untuk menyedarkan kita semua tercapai.

Bukan apa, bimbang dengan kelalaian ini, akan menjadi asbab musabab kita tak dapat masuk syurga sebab kita menafikan hak segolongan umat.

Semoga kita semua sentiasa menjadi hamba yang terpilih untuk berubah kepada yang lebih baik.
Insya Allah.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Jaga iman, jaga solat.
Sampai berjumpa lagi.




~ Yani Hamshah ~

Saturday, January 24, 2015

Pesta Buku Selangor 2015 #SaveTheDate

Assalamualaikum...


Amboi hentryyy takmo kalah ye...
Kenapa kah save the date?
Selalu orang guna pakai ayat ni masa nak save the date, tarikh tunang ke wedding amenda semua tu kan...
Saya? Ouh tak tak. Belum lagi. Bukan saya.


Saya nak suruh awak-awak semua save the date untuk kemunculan  PESTA BUKU SELANGOR 2015 yang dijangka akan berlangsung bermula dari 29 Januari sehingga 8 Februari.
Tahun lepas ada jugak join dengan kawan-kawan (Ina & Seha), tapi bulan September, kalau tak silap lah.
Tapi tahun ni, awal tahun lah pulak kita ya. (Abes duit aku oiii)
Heee tak ada lah habis sangat, sebenarnya kena pandai bajet dan urus sendiri.
Buatlah list sebelum beli (Hampeh je kau yani, sebelum ni ada jugak buat list, tapi list tu ke mana, hakak ke laut.. tiheeee)

Tapi, tahun ni, awal tahun ni, akak dah berazam, tak mahu berlebih-lebihan sangat. Sebab dekat rumah ni, masih ada buku yang belum dihabis baca ! Huuuu, takut lah juga, besok-besok kat akhirat kena soal kenapa beli buku banyak-banyak tapi tak baca. Kalau novel laju je kau nak habis baca kan yani? Sadis sungguh. Sob sob.

Oke, bersempena kedatangan Pesta Buku Selangor yang saya tunggu-tunggu ni, makanya saya tiadalah berbelanja seenak pisang goring cheese dan selazat horlick ais sebelum minggu depan. Mana tidaknya, nak beli makanan kat tempat kerja pun saya bajet paling tinggi satu hari RM5. Haha.
Lepas tu, lapar, kau tunggulah sampai balik ye yani.
Punyalah gagah sebab takut duit tak berapa nak cukup. Tiheee.


Walaupun berjimat seperti itu, saya juga tiadalah boleh sewenang-wenangnya membeli ikut suka hati masa pesta buku tu nanti.
Ohhh saya dapat rasa kemeriahan, kewangian, bau buku-buku yang sangat wangi.
Mewangi ohhh.

Eh terbanyak bebel pulak.
Oke, awak semua jangan lupa.
Save the date. Cari buku yang berilmiah tau.
Silalah insaf macam saya, hehe.


Walau rasa kena paksa pun. Lama-lama Allah beri juga kesedaran dan seterusnya boleh rasa kemanisan iman. Insya Allah.
Oke nah, poster.



Jangan lupa tau. Save the date ya. Tapi bukan majlis kahwin akak tau.
Majlis kahwin orang lain, ye. Ngeh ngeh...
Next week. Jangan lupa lah temu janji kita.
Terima kasih atas perhatian awak semua untuk entry ini.
Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya kita semua berada dalam limpahan rahmat kasih sayang Allah.


Jaga iman, jaga solat. Jaga diri, jaga maruah sebagai seorang Islam juga ye.
Assalamualaikum...


Yani Hamshah.

Thursday, January 15, 2015

Selamat pulang... Syuk...

Assalamualaikum...

Entry yang pertama untuk 2015.
Entry pembuka Januari.

Heee nampak nau masa tak berapa 'cukup' untuk update blog.

Secara ringkas, semoga tahun baru 2015 ini kita mampu berubah menjadi yang lebih baik.
Mantapkan iman dan amal kita.
Tahun masihi memang masih baru, tapi tahun hijrah kita dah penghujung rabiul awal kot.

Dengan pelbagai dugaan dan ujian di tahun 2014, semoga kita menjadi orang yang sedar dan berfikir, seterusnya, melakukan perubahan.
Semua orang ada melalui 'zaman jahiliah', zaman kegelapan. Tapi sementara masih punya waktu, jom kita... Jom, berubah menjadi lebih baik.
Semoga perubahan itu mendatangkan titik permulaan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup kita..

( huuu tiba-tiba ter RINDU pula dengan haruman bulan RAMADHAN...)
*** tak pastilah sama ada dapat bertemu lagi atau tidak... T.T


Kalau dapat alhamdulillah...

Oke.. panjang pulak mukadimah. Hee...

Sesungguhnya permulaan bulan dalam tahun 2015 ini membuatkan kami sekeluarga berasa girang kerana kami sedang menunggu kepulangan adik bongsu (anak bongsu ibu ayah) balik ke Malaysia.
Semoga Allah lindungi, lancarkan segala urusan penerbangan adik kami, Syuk untuk tiba di Malaysia dari Jepun.

Subhanallah, rindu tak terkata.

Rindu nak gaduh je dengan dia. Hehe... Serius tak zabar nak jumpa dia. Insya Allah...







Oke la, sampai sini je lah entry.
Mohon kalian, sesiapa saja yang ada baca entry ini (ehh ada ke? heee) , mohon doakan adik saya selamat sampai di Malaysia. (Dengan pelbagai kejadian, kami sekeluarga bimbang juga. Tapi takpe, kami bertawakal semua pada Allah.)

Orait kengkawan.
Maaf kalau ada salah silap sepanjang mengenali blog saya.
Maaf kalau ada mana-mana penulisan saya yang mengguris hati.

Panjang umur, jumpa lagi.

Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Sekian, assalamualaikum...

~ Yani ~

Wednesday, December 24, 2014

Rayuan Kemanusiaan Bencana Banjir Pantai Timur


"Cepat bantu mangsa banjir yang dilanda musibah ini, saya menerima mesej dan rakaman suara bertalu talu, nada ketakutan dalam tangisan,memohon simpati kita semua, mereka yang terperangkap di tingkat 4 bangunan sekolah di manek urai kuala krai Kelantan, mendayu memohon agar diberi pertolongan, bantulah mereka teman2.. mereka saudara dan adik beradik kita jua.. hari ini mereka, besok dan lusa kita tak tahu siapa pula.. bantuan kecemasan di perlukan.. bantulah!!! "

Dipetik dari fb Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Mohon bantuan kawan-kawan yang terbaca entri ni. Jom kita hulurkan bantuan.
Di sebalik dugaan yang mereka lalui ini, saya percaya ada terkandung pelbagai hikmah yang Allah mahu tunjukkan. Allah sedang beri peluang kepada kita untuk tambah pahala.
Bantu apa yang termampu, semoga ia dapat menjadi tiket kita ke syurga.


Jangan sombong sangat sampai terlupa tiada yang mustahil dengan kekuasaan Allah.
Semoga kasih sayang Allah sentiasa memayungi hidup kita semua.
Moga Allah redha. Moga kita semua akan sentiasa berusaha menjadi umat yang terbaik.


Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.

Tuesday, December 16, 2014

Dah bagus... Tapiii...



  • Dah bagus di waktu pagi awak bersemangat, berjoging 8 pusingan taman tasik.

    Tapi yang tak bagusnya, lepas berjoging, awak pergi bedal nasi lemak 2 bungkus, roti canai 3 keping, teh tarik segelas.

Agak-agak kalori terbakar ke kalori diternak? T.T


  • Dah bagus satu hari ni awak jaga pemakanan, kira kalori. Kawan ajak makan kepsi, mampu tolak. Wah itu sudah bagus.
Tapi yang tak bagusnya, bila malam, perut lapar. Mengagau cari makanan. Ternampaklah kerepek merepek, awak pun bedal sampai nak habis satu balang. Ala, sadisnya kehidupan hati masa tu. Nak menyesal? Tak payah, dah telan kot !

Kalori bukan senang untuk dikira. Memang leceh. T.T


  • Dah bagus awak berdiet. Tak minum manis. Tak makan manis. Senyum manis takpe.
Tapi yang tak bagusnya, awak tak bersenam. Haaa camne? Boleh je nak diet tanpa senam, tapi stamina non hado la.

Diet bukan sekadar jaga pemakanan. Nak sihat, senam sekali. Jangan malas macam saya. T.T


  • Dah bagus awak berdiet dan bersenam. Hari-hari pun jaga makan, rajin bersenam. Salute ah!
Tapi yang tak bagusnya, kena satu hari korang nak 'cuti' diet dan bersenam, korang balun makan semua benda yang korang teringin sampai perut korang pun terkejut. Bahayau k! Tak memasal nanti asyik keluar masuk bilik kecik.


  • Dah bagus awak diet, awak bersenam, awak daripada gemuk jadi kurus. Daripada lemah menjadi gagah.
Tapi yang tak bagusnya, awak pandang rendah pada orang yang baru nak mula berdiet,bersenam. Campur riak bagai, memperkotak bakulkan orang yang lemah tak gagah bergaya macam korang. Taulah korang dah berjaya cantik hemsem kebabom. Tapi kalau dah akhlak dengan adab tak jaga. Eh orang pandang pun rasa nak hentak kepala korang kat dinding.


Heee, kesimpulannya kat sini, entry ini adalah sekadar nota untuk diri saya sendiri. Kalau ada point-point yang terkena pada anda. Ouh belum terlambat untuk kita lakukan perubahan demi kebaikan di masa depan kita. 

Jangan pernah bangga dengan apa yang kita miliki, sebaliknya bersyukurlah.
Bersederhanalah, kerana kejayaan yang pernah kita miliki, Allah boleh tarik bila-bila masa saja.
Tanpa perlu beri hint pada kita.
Dia pemilik alam semesta, pemilik nyawa, pemilik diri kita ini. 
Kita ni siapa? Hamba yang hina kot. Kita ini umpama hama.
Tak ada kesan sikit pun kepada Allah, kalau kita tak ada.
So, saya tak nampak apa motif kita untuk membanggakan diri.


Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


~ Norzayani binti Norhamshah ~

Wednesday, December 10, 2014

Kembara Mencari Jodoh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...





Heee tengok tajuk, kemain bergegar kepala, akal dan fikiran...
Jodoh dan cinta adalah satu perkara 'famous' untuk anak-anak muda sekarang.

Kalau orang yang dah berumur belum jumpa jodoh, lagi bertimpa-timpa fofularnya.
Al maklumlah, sikap segelintir pihak yang sangat 'menjaga' kebajikan orang sekeliling ini ramai jumlahnya. Tak terkira banyaknya.

Sangat mengambil berat sehingga kadang-kadang soalan yang ditembak, menembusi jantung si mangsa.

Sekali lagi, jodoh itu misteri.
Tapi misterinya jodoh itu, bukan sekadar duduk menunggu. Tanpa usaha.
Mesti kena berusaha.

Di dalam Al-Quran, Allah sudah menggariskan tatacara untuk cari calon pasangan yang sesuai.
Saya akui, di zaman canggih serba moden ini, untuk mencari seorang calon pasangan yang baik itu teramatlah susah.
Kalau ditakdirkan sudah jumpa, tiba-tiba dapat berita, si dia kepunyaan orang.
Amaran keras! Jangan sesekali ganggu hubungan orang lain.


Misteri jodoh lagi, tidak semestinya kita hanya menunggu dan berdoa.
Jodoh itu perlu ada usaha dan doa yang seiring sejalan. (Haa ayat dah macam lagu)

Pada amatan dan pengalaman saya sendiri, bila orang bertanya berkenaan jodoh, saya hanya mampu berkata, 'belum sampai masa lagi.'

Kalau ada yang komen lebih-lebih, saya sekadar menghadiahkan senyuman. Tak perlu nak jawab panjang lebar.


Dah, nak cakap apa lagi kan?
Memang saya tak cari calon lagi, saya belum usaha cari.
** (Itu dulu la.. Sekarang ni sudah dan sedang memulakan misi. Semoga Allah permudahkan semua urusan. Aamiin. Kalau jumpa, adalah nanti, kalau tiada, mungkin Allah nak temukan jodoh kita itu di akhirat. Wallahu'alam..)

Heee dan takkanlah saya nak bagi jawapan semata-mata nak puaskan hati orang. Ye tak?

Mana ada manusia yang tak mahu ada pasangan hidup.
Semua manusia, Allah kurniakan perasaan ingin menyayangi dan disayangi.
Hidup berpasangan itu sudah tentu lumrah.

Tapi jangan pernah putus asa dalam usaha mencari jodoh yang baik.

Jodoh itu bukan sekadar, awak cintakan saya, saya cintakan awak. (Ayat lejen, semua pasangan)

Bukan sekadar, awak jadi imam saya, saya jadi makmum awak. (Ayat famous anak muda zaman sekarang, tapi usaha ke arah menjadi imam dan makmum itu tiada. Sadis.)

Dalam kembara mencari jodoh, awak mesti kena berusaha. Kena belajar. Apa itu rumahtangga.
Rumah tangga bukan sekadar ada rumah yang mempunyai tangga ye.
Dalam rumah tangga, ada banyak sangat perkara yang sebenarnya awak boleh belajar dalam keluarga awak sendiri.

Amanah, tanggungjawab, tolak ansur. Bukan untuk sesiapa pun.
Ia untuk diri kita sendiri.
Untuk pasangan,
Untuk bakal khalifah-khalifah kecil tu nanti.
Jodoh bukan sekadar perasaan cinta.

Sekarang ini, dah banyak sangat buku yang boleh awak baca untuk dijadikan rujukan sebelum menuju gerbang perkahwinan.
Nikah kahwin ni, bukan hanya cinta semata-mata.

Kehidupan berumah tangga pula terlalu banyak cabaran dan dugaannya.
Maka, aspek fizikal, mental dan rohani perlu disediakan secukupnya sebagai persediaan untuk menghadapinya di masa hadapan bersama pasangan.
Kehidupan berumah tangga bukanlah sentiasa manis.
Ada kala, kalian pasti akan diuji.
Sebab itu kita perlu berusaha menjadi yang terbaik. Baiki kekurangan diri.

Jangan nanti bila dah kahwin, asyik menyalahkan pasangan, kenapa tidak mahu berubah. Kenapa susah sangat nak faham. Dan banyak lagi rasa tidak puas hati yang akan timbul.
Pentingnya dekat sini, ilmu sebelum mendirikan rumah tangga itu perlu dicari.

Bila sudah berumah tangga, diaplikasikan.
Mahu hidup yang harmoni, jangan asyik sentiasa cari salah orang, sentiasa kata diri sendiri saja yang betul. Kalau mahu hidup sepakat, kena sentiasa belajar bertolak ansur. Jangan mudah kecil hati. Lapang dada terima nasihat dan teguran.

Paling penting, kena sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buat pasangan.
Baik suami, baik isteri. Masing-masing mesti sentiasa belajar, berusaha menjadi pasangan yang terbaik.
Itu kita namakan 'win-win situation'.

Kita ni, mana boleh ubah orang.
Kita tak akan pernah mampu untuk mengubah orang lain mengikut acuan yang kita kehendaki.

Kita ini hanya boleh menasihati orang dan mengubah diri sendiri.
Kalau kita asyik stress fikir kenapa orang tak nak berubah, alamatnya boleh jadi gila tau.

Hidup ini, terlalu pendek untuk kita rasa tertekan dengan perkara kecil begitu.
Ye, saya tahu ada orang menganggap perkara macam tu besar.
Besar ke kecil dugaan yang kita rasa bergantung kepada cara penerimaan kita terhadap masalah yang kita hadapi.

Sangka baik dengan Allah, insya Allah, dia akan lapangkan dada kita untuk sabar dan tabah terima dugaan tanpa mengeluh kepada orang lain, melainkan mengadu hanya kepada Dia.
Indah tau, hidup bersyariat ni.
Kesimpulannya, dalam jodoh dan perkahwinan, mesti sentiasa berusaha.
Berusaha baiki kekurangan dan kelemahan diri.
Sempurna itu takkan mampu dicapai. Tapi kita boleh sentiasa berusaha memberi yang terbaik.


Ok, sekian dulu entry untuk kali ini.
Terima kasih atas perhatian, mohon maaf sebarang kekurangan.


Assalamualaikum.


-Zayani-
Dis 2014


P/S : Jangan terlalu khuatir dan bimbang berkenaan jodoh, sehingga melupakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Matlamat utama kita hidup dalam dunia bukan sekadar mengembara mencari jodoh, bahkah ia adalah sebuah kembara yang panjang mencari redha Ilahi. Kita ini khalifah. Kita ada tanggungjawab. Renung-renungkan. ^-^

Wednesday, December 3, 2014

Dunia tak pernah adil ?



"Dunia ini tak pernah adil selagi mana Islam tidak memerintah. Tetapi di negeri Akhirat sana adalah tempat yang seadil-adilnya. Kalau tak puas hati, tuntutlah di akhirat nanti. InsyaAllah." ~ abang Khalid

petikan daripada entry terbaru dari blog Tarbiah Sentap ... 

Hasil nukilan,
Saudara Ahmad Shukery.

~Entri ini sangat bermanfaat. Kerana ia berkisahkan ketidak adilan yang sering berlaku pada diri kita. Point utama, letakkan pergantungan hanya pada Allah. Dia pasti mudahkan urusan. Dan kita pasti boleh 'tersenyum' menerima ujian daripada-Nya.


Fahamkan erti Islam sebenar. 
Ajarkan pada diri supaya pergantungan setiap manusia hanya pada Allah.

Hidup ini tak akan pernah sunyi dari segala ujian dan dugaan.
Dunia bukan tempat untuk bersenang lenang, kerana itu, kita selalu dihujani ujian.
Letakkan pergantungan hanya pada Allah, semoga Dia akan sampaikan pada kita kesabaran, ketenangan juga ketabahan dalam menempuh setiap dugaan.

Yakinlah bahawa hidup tanpa ujian dan dugaan itu pasti sunyi dan gelap.
Sebaliknya, dengan ujian dan dugaan, kita akan lebih matang, lebih punya sikap perhambaan, seterusnya kerana ujian dan dugaan jugalah kita akan lebih positif di kemudian hari.

La tahzan, innallaha ma'ana.  Yakin. Yakin. Yakinlah, Allah ada dengan kita. Jangan bersedih.


Hidup tanpa ujian ibarat tanah yang kering tanpa titisan air.
Hidup dengan dugaan seperti manusia yang memerlukan oksigen untuk terus bernafas.

Namun, semua yang berlaku, adalah dengan izin Allah. (Biiznillah)

Semoga satu hari nanti kita mampu senyum dan ucap alhamdulillah setiap kali kita diuji.

Insya Allah.

- Terima kasih atas perhatian, mohon maaf atas kekurangan -

Thursday, November 27, 2014

BeautyOat

Hecey ini semua gegara tengok entry terbaru puan comel Yuyu Zulaikha ,




terus aih menggoogle cari amende kah beauty oat ini.

Ngeh. Ngeh. Nampak tertarik. Terus order. Terus order tak tau kenapa. Sebab kalau nak beli membeli produk gini, saya suka fikir 37 kali. Haha.

Tak apalah, kita try dulu. Tengok bagaimana keberkesanannya pada diri saya.

Try untuk sekotak yang berharga : RM 79.00 ( sekali postage tau)

Ramai juga yang dah try produk ni. Ok katanya.

Jadi, kalau tanya saya, saya belum tahu lagi. Sebab baru je beli.

So, apa tunggu lagi, kalau berminat boleh terjah sini


1) http://www.beautyoat.com/

atau

hubungi/sms/whatsapp sini


2) HQ office at 012-2444 014 (Nurul) or 012-2444 041 (Jane).


Oke, terima kasih.

Assalamualaikum.


Mood : Dah tak sabar nak tunggu 'kotak oat' ni sampai 'hopis'. Kbai.

credit to : Cik Nurul kita ni, sebab proses jual beli yang pantas. ^-^ Daebak !!!

Tuesday, November 25, 2014

Siapa lagi cantik?

Merah ? Kuning ?

Siapa lagi cantik, menarik, tertarik ?


Huuuu...



Dia ni si Kuning lagi santek ke atau ?




Atau beliau ni si Merah?


Haaaa, kalau boleh campur merah kuning macam bendera negeri Selangor kan bagus.

Heeee, semangat waja cintakan negeri gegayanya !




Sebenarnya dedua pun ada 'cantik'nya yang tersendiri kan.

Tepuk dada, tanya hati, apa warna yang berkenaan di hati ?
Kan, tak susah pun cari jawapan.


*Merah cantik lagi sebenaunya. Hehehe. ^-^



*** entry suka hati boring-boring... Comey r Axia ni. Comey sangat weh !!!

PENAKLUK KONSTANTINOPEL...

" Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. "
( Nabi Muhammad SAW )

" Dalam salah satu kempen semasa zaman kerajaan Umayyah, seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Ayub al-Ansari syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu kota Konstantinopel atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya mengapa beliau ingin dimakamkan di situ, beliau menjawab, " Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel. "

" .... kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya! "
( Napoleon Bonapart )

" Wahai Sultan Murad (ayahanda Muhammad al-Fateh), bukan Tuanku yang membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu (Muhammad al-Fateh)
( Syeikh Syamsuddin Al-Wali)

��Sebuah novel sejarah islam yang sangat dialu-alukan untuk anda dan saya sendiri untuk dibaca.

��Insya Allah, best dan tak boring. Mengantuk adalah perkara biasa, kerana syaitan tak suka bila kita baca buku macam ni. Kalau novel cinta ke komik, kompem kau tak mengantuk!

��Ambillah tahu bagaimana sejarah Islam itu. Dalam era masa kini, pahit untuk diakui, kita ini terlalu bersikap bermudah-mudah dan suka mengambil kesempatan.

��Semoga ia menjadi sebab dan asbab kebaikan yang akan kita tonjolkan.

��Last but not least, anda pasti akan kagum kerana seawal usia 19 tahun, Sultan Muhammad al-Fateh ini sudah bertanggungjawab menjadi seorang pemimpin. Subhanallah.

Wednesday, November 19, 2014

Mencari Kecantikan Isteri ...




”Ya, jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.”


+ Sebuah perkongsian entry yang bermanfaat untuk disebar-sebarkan.

+ Dipetik dari ruangan alam maya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

+ Klik link di bawah untuk baca entry penuh.

+ Semoga ia bermanfaat untuk suami, isteri, bakal suami, bakal isteri, seorang lelaki & seorang wanita.

Mencari Kecantikan Isteri, Bukan Isteri Yang Masih Cantik...


CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...