Monday, March 17, 2014

Diet. Diet. Diet. (Kebenaran tak akan pengsan)

Assalamualaikum.


Hanya entri yang pendek tak berapa pendek.
(Tajuk entri tak boleh belah, serupa trademark PAPA ZOLA) *tepuk dahi*

Semalam aku ada copy gambar aku (2 tahun lepas) daripada lappy ayah transfer ke 'hengpon' aku la kan.
Yang tak boleh belah nya, aku seakan tersentak tengok gambar dulu-dulu.
Serius la weh, kenapa tak ada siapa yang tegur aku dan beritahu aku gemok masa tu? *Menangis k tengok gambar tu.* (Habis ni sekarang bajet nak bagitau orang kau dah kurus lah Yani eh?) Oh tak! Tak! 
Aku cuma nak bagi semangat pada sesiapa yang ada baca blog aku ni (kalau ada lah kan, kalau takde, ....hehehe. Biarkan, malas nak fikir.) Kalau ada yang nak menurunkan berat badan. Awak boleh lakukannya! Percayalahhhhh!

Sebagai contoh, awak sekarang ini mengalami masalah berat badan seperti saya di 2 tahun lepas :

disember 2012~

dan juga tembam seperti ini :


raya 2012~

Tapi untuk menurunkan berat badan, awak pasti boleh.
Asalkan awak ada semangat yang kuat untuk turunkan berat badan anda awak. (Amenda ayat aku, kejap awak, anda lah. Heee..)

Aku masa ni, memang makan pakai balun je apa yang aku nak makan. Padahal Rasulullah sendiri sudah pesan, ambillah makanan itu secara sederhana. Sobs. (Zaman jahiliah, banyak benda aku tak tahu, aku tahu tapi tak nak amal. Ini padahnya.)

Oke, dipendekkan cerita, tahun lepas, aku ada mendapat penyakit yang misteri.
Apakah sakit yang misteri itu?
Wallahu'alam. Allah saja yang tahu.
Yang pasti takdir itu sangat menyedarkan aku. 

Jadi aku mula membuat keputusan untuk menurunkan berat secara perlahan-lahan dengan cara menjaga pengambilan kalori setiap hari. Serta mengambil oats dan susu setiap hari.
(Doktor cadangkan, kita ikut je lah)

Berat turun juga. Jadi seperti ini :

aku tau tak banyak yang turun pun. :p (september 2013)

Dan seterusnya aku amalkan diet atkins. (Mencabar kesabaran sebenarnya diet ni.)
Korang boleh tengok entri aku yang sebelum ini tentang diet ini lah.
Saya boleh? Boleh awak, boleh. Awak pun boleh! :)

Aku start bulan November 2013, dan adalah penurunan walau tak banyak.


Januari 2014 (bolehlah dari takde kan?Apa pun semua dengan izin Allah, kalau Dia tak izinkan, tak juga turun berat aku ni.)

Dan sekarang lebih kepada menyeimbangkan berat. Haha seimbang sangat, padahal aku patut turunkan lagi 9 kilo untuk capai BMI normal. Huuhu..

latest la. (bulan Mac) susah nak turun lagi.~

Dan sekarang, aku masih berusaha untuk turunkan lagi berat.

Ada orang suruh aku stop, sebab kata jangan kurus sangat, nanti tak cantik. (Hukhuk, akak, kita nak turunkan berat bukan sebab nak suruh orang nampak kita cantik ke apa. Tak nak, kita kalau boleh biar aje orang pandang kita gemuk lagi.)

Sebab apa?

Sebab nanti kalau tak, mesti kita bedal je nak makan segala-galanya. Segala-galanyaaaa. Huhu.
Nanti tak jaga pengambilan makanan. Huhu.

Ada juga seorang aunty ni cakap pada aku, awak pakai la baju kurung, mesti nampak cantik.

Bulat mata aku dengar. Maksud dia, suruh aku pakai baju kurung yang macam orang kurus selalu pakai. (Maksudnya kalau saiz badan kita M, pakailah saiz M, buat apa pakai baju saiz L. Macam baju pinjam)

Sebab hari ni aku pakai jubah tu. (Dalam gambar atas ni). Aunty tu kata, awak dah kurus, tapi baju besar. Jubah ni saiz L, alahai tapi yang L ni yang selesa, nak buat camna?

Hehe aiyo aunty, dah namanya jubah, mana boleh saya pakai jubah ikut bentuk badan. 
Ada juga kena kejar dengan parang nanti. (Ayah suka perli "Yani tak ada baju kecik lagi ke?")

I tak suka kena perli dengan ayah gitu. Haha, lagipula, aku seorang muslim, ayah ibu, ustaz ustazah semua orang yang berkenaan pun dah cukup bagi ilmu agama pada aku. Seorang wanita wajib menutup kesemua auratnya, kecuali muka dan kedua tapak tangan. (So, aku tengah berusaha ke arah itu.) 
Tak sanggup menanggung kemurkaan Allah.

Dan KESIAN pada ayah dan bakal suami aku nanti (ini tak ada lagi, tapi tentulah aku pun tak nak satu hari nanti hubby aku tanggung dosa aku. Kata sayang, tapi takkan nak tarik depa masuk dalam nereka.) Maaf kita tak sanggup. T.T

Dan oh ye, ye, sekarang ini aku amalkan diet, ikut sunnah Rasulullah.
Tiap pagi aku akan minum se mug air madu. 
Makan oats, makan roti wholemeal sekeping dua. Makan kurma. Minum susu. (Ini menu wajib setiap hari)

Yang lain-lain? Ikut pada keperluan diri.
Tapi bukan berlebih-lebihan.
Menu tambahan, biasalah kan, sayur ke ayam ke ikan ke, roti yang ada inti ke.
Makan kek ke. Makan bubur kacang ke. Makan durian ke. Makan kuih ke.
(Ini semua aku bedal, tapi tak banyak pun. Takat rasa orang kata. Nak bagi tak kempunan.)

Mula-mula memang 'melantak' habis lah. (Adoi ye, bahasa kasar memang melantak, bedal je)
Naik 4 kilo. Kbai.

Eh jangan belum bai lagi.

Lepas seminggu turun balik 2 kilo. Hehehe. (Yang ini disertakan dengan senaman)

Berat aku sekarang? Tak payah tahu lah. Haha. (Kan dah kata 9 kilo nak kena turunkan.)

Yang penting setiap hari aku dapat makan oats, minum susu. 

Habis tu Diet Atkins apa cer?

Erk entah lah, mungkin aku telah mencampur adukkan segala jenis diet.
Yang pasti, bila makan tak ada nak lebih-lebih sangat.
Senaman setiap hari (Kalau ada masa).
Ikut sunnah pemakanan Rasulullah. (Siapa tak nak pahala kan? Ikut sunnah nabi...Pahala dapat, kurus dan sihat pun dapat.) erm credit to kak Inaachik sebab ada satu entri yang menyedarkan aku untuk turunkan berat badan, seterusnya amalkan makanan ikut sunnah nabi. :)

Kalau tanya aku pasal diet atkins ni, aku ni terus melompat pergi fasa 4 gamaknya. Hehehe.
Heee takpe, makan oats pun berat turun. Cuma lambat. Jadi kita 'watlek' kita 'watpeace.' 


Nampak tak entri ni tak pendek sebenarnya.
Ok, tak apa, dah nak habis cerita pun ni.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah ini atau email di sini :
( norzayani22@gmail.com )

*ahh Yani, kau bajet kau famous la siap letak emel bagai? Huhu.. T.T
Wahhh takkk tak. 

Dengan akhir kata, mohon maaf kalau ada segala kata yang mengguris hati korang dalam entri ni.
Kalau ada sebarang teguran, boleh email ya. :)


Selingan: 

Mohon supaya Allah sudi bantu kita dalam keadaan susah (diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran dengan peristiwa seperti jerebu, kehilangan pesawat, kemarau, anak muda yang kehilangan nyawa akibat pengambilan dadah berlebihan, dan bermacam-macam lagi ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita setiap hari.)

Mohon doakan bersama keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat MH370.
Mohon doakan supaya Allah sudi lindungi negara kita dari sebarang ancaman anasir-anasir jahat.
Mohon doakan supaya setiap dari kita akan dijauhkan dengan fitnah dajjal dan fitnah akhir zaman.
Mohon doakan supaya adik-adik kita, tidak lagi terjerumus dalam sesuatu perkara yang tidak berfaedah yang memudaratkan.
Mohon doa supaya Allah memberi kesedaran dalam diri kita untuk tak terus leka dengan dunia.
Mohon doa supaya Allah ampunkan setiap dosa-dosa yang kita lakukan.
Mohon doakan supaya satu hari nanti, kita mati dalam keadaan husnul khotimah.
Mohon doakan yang baik-baik saja.
Aamiin.

Sekian, wassalam.


Norzayani binti Norhamshah
17 Mac 2014

16 comments:

  1. sy suka part aurat dan outfit tu. jubah memang selesa kan. saya pun suka. biasa lah mulut org-org.. dan sy paling terkilan bila ada yg buka aurat bila dah kurus dan cantik. jom sama--sama istiqamah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih sudi baca entri ni.

      Haah, betul2. Jubah best. Selesa dan mudah.

      Takpe, yang lain2 tu, kita doakan yang baik-baik saja.
      Moga Allah lindungi kita semua. Aamiin.

      Insya Allah, jom kita sama2 berusaha untuk istiqamah melakukan segala perintah Allah dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w ..

      Delete
  2. semoga saya pon tabah macam awak :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah. moga Allah permudahkan urusan awak.

      Selamat berusaha. Awak pasti boleh! =')

      Delete
  3. salam yanie...

    comel blog.. huhu.. awak da kurusla.. alhamdulillah..
    akak pun da dkt 2minggu xmkn nasi.. tapi mcm sama je la.. timbang adala turun 2kilo.. tp asyik lapar je la.. akak pun carila mknn lain..biskutla.. rotila..huhu... any sugestions...

    tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak... (alamak kak, takde nama, kite tak tau nak panggil ape.) T.T (misteri ni...hehe)

      Terima kasih sudi jengah blog yani.
      Alhamdulillah, semuanya atas izin Allah juga disusuli dengan usaha. Tapi pencapaian ke BMI normal, jauh lagi ni kak. Hehe.. :D

      Ouh tengah diet ye?
      Macam ni, yani cadangkan ajelah ye, kalau jumlah berat yang akak nak turunkan tu banyak, cuba try diet atkins. (Diet ni memang mencabar, kena ada kekuatan mental dan fizikal, dan sokongan orang sekeliling. Insya Allah, mesti boleh turun.)

      Tapi kalau tak nak diet atkins, boleh makan oats dan kira jumlah kalori yang akak ambil setiap hari. Melalui pengalaman yani sendiri lah, yani makan oats dan kira kalori, ada juga penurunan, tapi tak sedrastik bila buat diet atkins.
      Makanan macam biskut ke roti ke, boleh nak ambil. Tapi kena tengok biskut (tak sure, sebab yani jarang makan biskut kecuali Jacob weetameal) atau roti jenis yang macam mana (digalakkan ambil whole meal) dan kuantiti jangan berlebihan.

      Kalau boleh, elakkan minuman yang bergula. (Manis)
      Setiap hari mesti kena minum air masak banyak-banyak. (Setiap 1 liter bersamaan 25kg berat kita.)

      Elakkan juga buah-buahan yang ada gula yang tinggi.


      Delete
    2. salam yanie..
      mcm mane nk letak name ye, huhu..
      ni akk fattin la.. hehehe...
      diet atkins tu yg mcm yanie buat kat bwh dulu ke?
      lau nk call direct no akk 7053 ye..

      tq

      Delete
    3. Salam...ohhh kak fattin, mengada je siap letak ext pulak.

      Haah kak, macam masa yani buat dulu. Try la. =)

      Delete
  4. comel je kak ana tengok yani... Insya Allah kalau usaha sungguh2 pasti akan berhasil,kak ana banyak baca ttg diet atkins ni dan memang positif bila ramai yg sukses..salam ukhwah..singgah sini seketika..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhuwah kak ana. suka yani, dapat kawan baru. hehe.

      segala pujian kembali pada-Nya, betul kak, Allah pasti bantu kalau kita usaha sungguh2.

      diet atkins ni, ibarat 'datang tak dijemput, pergi tak dihalau' je pada diri yani, sebab yani cuba tak ada perancangan, yani berhenti pun suka2 hati. hehe.. (tapi takde lah terus berhenti, cuma sekarang di fasa ke 4.)


      subhanallah.. apa pun terima kasih kak ana, sudi singgah blog yani. walau seketika, yani hargai sangat. =')



      Delete
  5. Salam,
    Sis yani... sangat betul kaitan entry sis ttg pakaian dan makanan.. Allah ada sebut adab2nya dalam Al-Quran.
    antara yang akak ingat pada surah al-a'raf ayat 31:

    Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang), dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas....

    btw, jom g talk Mufti Menk jumaat dan sabtu ne... cekidout kat belog akak ea...
    semoga bermanfaat tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak...

      thanks 4 sharing. (sharing is caring kan?) =')

      dan terima kasih juga sebab sudi singgah blog buruk kite ni. hehe.

      *kite dah cekidaut kat blog akak hari tu. hehe... :)

      Delete
  6. Hi sis yani. I nak tnya ttg diet ni. Huhu cause im on diet too. Hm, i punya perut buncit sikit, cmna ya nak bagi flat? Ada suggestion tak untuk flat belly? And, salad kalau makan dgn mayones bagus or tak utk diet? Harap sis boleh tlg I.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, sorry for the late reply.

      Erm kebiasaannya kalau perut nak bagi flat tu, sesungguhnya kena exercise la, contohnya buat plank cross crunch, heel touch ke, flutter kicks ke. nanti awak boleh cari kat utube, ataupun bukak page kevin zahari. (sbb dia banyak share psl senam2 ni..)

      salad oke untuk diet ni, kalau nak ambil mayo, karbo kena rendah. (kalau awak buat diet atkins, karbo dlm mayo mmg kena rendah...)

      tapi tu la, sis tak pasti, kalau awak bukan buat atkins, sis rasa kalau nak ambil mayo pun, ambil kuantiti yang sikitt je k.. ^-^

      Delete
  7. wuuuu wuuuu wuuuu kita baca blog awakkk.. hihi kita duk dpn umah kakak awak kat hill park skrng hahah...

    ReplyDelete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...