Tuesday, May 27, 2014

Kain Cotton 'Baldu'

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Nak kata excited sangat untuk sambut raya tahun ini, taklah sangat. Biasa-biasa je. (Eh puasa pun belum nak cerita raya? Tepuk dahi sat!)

Cumanya saya terlampau excited nak cari kain pasang ber'jenama' Cotton Baldu ini.
Agak payah jugaklah nak cari bila saya nak, bila saya tak nak, ada saja lalu depan mata.

Dan kalau ada pun, harganya, masya Allah. Terjojol bijik mata. (Oleh kerana saya bukanlah seorang yang sanggup berhabis-habisan untuk membeli pakaian, maka haruslah harga yang biasa-biasa itu, saya kata mahal. Hehehe.)

*** Eh awak-awak semua (yang selalu mengikuti blog ni, eh tapi ada ke??? oke terperasan kejap~), jangan pelik dengan kata ganti nama diri saya tau, dari "aku-aku" beralih ke "saya-saya". Bukan apa, saja je nak jadi lebih sopan. Ala, korang layan je lah, apa yang ada dalam kepala saya eh eh eh. ~

Orait sambung ceghita kain. Berapakah harga pasaran?
Entah, yang pernah saya nampak orang jual kat SUK ni, paling murah pun RM80/pasang.
Kan mahai? Saya tak moh. Saya nak jugak cari kat kedai kain biasa-biasa tu. Tak kira! Nak murah punya pasal.

Sehinggalah habis ke ceruk kedai kain Nagoya itu saya redah, ibarat meredah di lautan. Lautan kedai kain Kamdar juga saya renangi. Ecewah, hurm tak ada rezeki juga nak jumpa.

Sehinggalah hari jumaat lepas, dekat jualan jumaat (JJ) SUK, ada seorang mak cik ni jual, baju kurung moden guna kain Cotton Velvet tu. Subhanallah. Sudah jadi baju! SERIUS CANTIK! Sungguh ni. Tak tipu. Cantik sungguh cantik! Harga? RM120. Oke lah kot, tapi saya tak beli pun. Entah, Allah belum gerakkan hati nak beli. Sabar. Sabar.

Tapi walaubagaimanapun, keinginan menjadi lebih berkobar-kobar. Nak jugak cari kain itu sampai jumpa.

Jumaat malam, ajak kakak saya pergi tengok dekat Kamdar, Klang Parade. Tapi hampa sungguh walang hati ini. (Aiseh Yani, mengapakah ayat-ayat dalam entri ini sungguh "skema", sobssss)

Tapi cuba teka, akhirnya saya dapat ke tak?

Hahaha, eh tak payah teka lah. Kalau saya dah buat entry dalam blog, seharusnyalah saya jumpa.

Tapi tanyalah, saya jumpa kat mana.

Haaa, tak payah tanya, biar saya bagi jawapan terus. (Mudah kalau korang nak carik nanti. Hehehe)

Jawapannya, saya jumpa kat BANTING. Haaa, jauhkan, saya duduk Sg.Buloh. Cari kain ini sampai nun jauh di Banting sana. Sebenarnya kebetulan je jumpa kat Banting. Bulan Mac saya ada terlibat dengan kursus di Morib, dalam perjalanan memang dah ternampak kain ni tergantung-gantung cantik, baik punya!
Tapi tidaklah membeli. Sekadar tengok je.

Dan hari ahad lepas, saya dengan ibu ayah ada pergi ke walimah saudara sebelah atok di Sg.Raba. Jadi, sambil menyelam ye kita minum air.

Alhamdulillah. Rezeki. Tapi masa beli tu, memang baik punya survey satu pekan Banting. Ada 4 kedai kot saya tanya harga.


contoh (gambar ialah ehsan abang google)


Kedai yang pertama - Special Promotion (2 pasang RM85) *masa ni mata memang dah blink-blink*

Kedai kedua - Sepasang ialah RM66. *aiseymen, tak boleh jadi. Oke dik, akak tanya je. Hihi. Lari keluar*

Kedai ketiga (agak besau jugaklah) - Sepasang ialah RM55. *dalam hati dah banding dengan harga kedai                                                                                                   lain tadi.*

Kedai keempat (besar-besar) -Sepasang ialah RM45. *weh, lagi murah. Tapi kalau beli 2 dah RM90. Lagi murah kedai pertama. Dua pasang saya dapat RM85. Ya rabbi. Yani, kenapa 'kede' sangat RM5 ni? dalam hati berkata, RM5 juga duit.*

Kesimpulannya - Saya patah balik pergi kedai pertama (sorry tak ingat namanya, nanti balik rumah saya ambil gambar tunjuk kat awak-awak ye.) Oke kita balik kedai pertama, tapi agak pening jugak nak pilih warna sebab semuanya cantik-cantik. Sebenarnya nak pilih dengan hati yang tenang, tapi abangla tu dah berdiri kat tepi. Rimas. Tak suka bila nak beli barang, orang dok ikut kita!

Akhirnya, malas nak layan abangla tu, saya pun terus tunjuk warna biru tekois satu, dengan warna merah darah O. Hehehe. So, dapatlah 2 kain pasang yang sudah lama diidam-idamkan. "Alhamdulillah, terima kasih Allah, sudi tolong kita."

Dengan ini, saya sudah berkira-kira nak buat Jubah ye menggunakan kain ini. Itu sebenarnya tujuan beli kain cotton baldu ni.

ehsan google lagi~
Kalau baju kurung, begitulah jadinya. Cantik jugak. Tapi pilihan saya ialah untuk jadikan sebagai jubah. Begini ya.

copyright *RM*

*RUCCIMODISCH*
Cantik kan bila jadi jubah. Ye, sebab terlalu berkenan dengan Jubah Elegant Aisya ni lah. Nak beli, harga tak berapa nak mampu. Bukan tak mampu, tapi belum reti nak beli sampai mampu. Jadi, kita beli kain, tempah sendiri. Hehehe.


Tapi kan kalau korang nak beli jubah cantik-cantik. Boleh pergi website ni ~> RucciModisch serius, jubah dorang memang cantik-cantik. Plus, ada school holiday sale dekat website diorang dari 30 Mei 2014 sampai 3 Jun 2014. Memang price markdown!

Setakat ni saya pernah beli Sarah Jubah je. Yang lain semua saya hanya mampu tengok, cuci-cuci mata dekat IG Rucci Modisch ni. Hehe.

Hehe sempat lagi buat promosi kan.
Oke lah korang, terima kasih sudi baca entri versi pra-raya ni. Nanti bila dah raya baru saya upload gambar jubah ye...Itu pun kalau saya rajin.

Okelah okelah, dari tadi je asyik okelah je. Terima kasih sudi baca entri kain cotton baldu ni.
Salah silap perkataan mohon maaf ye.
Ada rezeki, panjang umur kita jumpa lagi di entry yang lain ye.

Kawan-kawanku sayang, jaga iman, jaga solat, solat awal waktu. Jaga akhlak, tingkatkan ibadah.
Mudah-mudahan kita semua di dalam redha Ilahi. Aamiin.

Oh lupa, hari ini juga ialah ulangtahun peristiwa Isra' Mi'raj (27 Rejab). Semoga kita akan sentiasa memperbaiki amal ibadah kita, solat kita. Buat yang terlupa apa itu peristiwa Isra' Mi'raj, saya belanja sedikit gambar untuk pencerahan awak sekalian tentang cerita Isra' Mi'raj ini.

sumber dari fb~


Semoga bermanfaat. Sekian, wassalam..


Love,
Norzayani Binti Norhamshah
5.29 PM
27 Mei 2014 / 27 Rejab 1435H

9 comments:

  1. assalamualaikum...yani, izan ada beli kain pasang ni tp da lama la buat hantaran masa kawen aritu..beli kat klang je..byak pilihan tp menanges tgok harga skrg sb masa izan beli tu mmg mahaiiii (bg org mcm izan la..hhuhu).... RM90 sepasang.. wawawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam, hai sayang. rindu kat awak... heehe...

      ouh la yeke, lagi mahai tu rm90 hengget. kalau yani yang "kedek" ni mmg tak mo beli, akan dicarik sehingga ke lubang cacing harga yang paling murah.

      tapi kan, yani rasa, memang mahal kot dulu-dulu punya harga sebab baru kan.

      em tapi kawan yani kata dekat kelantan lagi murah, boleh dapat harga serendah RM25/sepasang.

      stress la yani...haha... ^-^

      Delete
  2. tula...rindu yani jugak..hehe

    maybe la kot sb masa tu tak banyak lg pastu tgok mcam cantek jer kan nk la beli bole tempah buat baju raya terus kan..

    nak jimat konon nya tanak beli yang lain da baju raya tp tatau pulak sekarang harga mmg
    bole dapat yang murah lagi...kita pon tutup mata la beli jugak sebab da bekenan ka.huhu
    (T T)

    nak kena gi kelantan la klau macam ni..tp kalau beli kain bebanyak pulak takut tak tertempah pulak sb kat sini mahai jugak nak tempah baju...

    macam jubah tu pon cantik jugak kan.. (^_*)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat reply...

      izan buat lah jubah, mesti cantik...
      hehe... nanti boleh geng dengan yani...

      erm izan pilih warna apa hari tu?

      Delete
  3. assalamualaikum kak.. kalau akak nak cari baju raya cantik jenis chiffon
    boleh la visit blog sy...
    http://miyamotonohana.blogspot.com/
    :)
    sy dah follow akak... harap akak sudi follow sy.. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam...
      baik dik.

      dan akak dah follow awak. =)

      Delete
  4. Assalamualaikum wbt... Yani...
    tengok gambo yang kuning mustard tu terus minat juga....haishhhh... tak boleh huda tak boleh... baju dah berbaju-baju dalam almari tu... istighfar....(*_*)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam w.b.t,

      hehe, ala akak ni macam saya lah, pantang tengok jubah cecantik.
      rambang mata jadinya. pastu baju pun banyak. sobs~

      astarghfirullah. T.T

      Delete
  5. salam :) jemput singgah page Abaya Murah Di Sini // www.facebook.com/abaya.yaya :)

    ReplyDelete

CANVA YEAH ^-^

  Ehh best jugak edit pakai canva ni ya. Haip! Jangan gelak. Saya budak hanya baru belajar. ^-^ Tapi untuk pertama kali ni, aduhai, macam ke...